Jabatan Pelancongan & Thai- Asean Halal Tourism Trade Association Terokan Laluan Pelancongan Kesihatan Thailand-Malaysia, Kukuhkan Hubungan Indonesia-Malaysia-Thailand


Pada 22–26 April 2025, Jabatan Pelancongan, Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand, bersama syarikat pelancongan Thai- Asean Halal Tourism Trade Association telah mengadakan lawatan eksplorasi laluan pelancongan kesihatan (Wellness Tourism) di wilayah selatan Thailand dan utara Malaysia, meliputi wilayah Songkhla, serta negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang di Malaysia.
Lawatan ini bermula pada 22 April 2025, dengan kunjungan ke Kedai Herba Erawadee untuk meninjau produk kesihatan popular seperti Semburan Herba dan Semburan Perubatan untuk Belakang dan Sendi. Delegasi turut mengadakan pertemuan dengan pegawai pelancongan Negeri Perlis bagi membincangkan usaha menghubungkan pelancongan kesihatan di rantau Indonesia–Malaysia–Thailand. Selepas itu, lawatan diteruskan ke Perlis Herbal Forest, pusat pemeliharaan dan pembelajaran herba tempatan.


Pada 23 April 2025, delegasi meneruskan perjalanan ke Negeri Kedah, bertemu pegawai pelancongan negeri dan melawat Muzium Diraja Kedah, bekas istana diraja yang menampilkan sejarah Kesultanan Kedah. Delegasi juga berkunjung ke Pekan Rabu untuk membeli-belah produk tempatan, sebelum bermalam di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, sebuah kolam air panas semulajadi yang terkenal dengan manfaat kesihatan dan terapi.
Pada 24 April, delegasi meneruskan lawatan ke Pulau Pinang, melawat Bandar Warisan Dunia George Town, mendaki Bukit Bendera (Penang Hill) dan menyertai aktiviti “Forest Bathing” di The Habitat untuk menikmati terapi semula jadi.

Pada 25 April 2025, delegasi mengadakan mesyuarat dengan Persatuan Pemandu Pelancong dan Pengusaha Pelancongan Pulau Pinang untuk membina jaringan kerjasama pelancongan kesihatan, serta melawat Tropical Spice Garden dan Kilang Batik Pulau Pinang untuk mempelajari tentang herba tempatan dan terapi seni. Lawatan diakhiri dengan sesi relaksasi di Danai Spa Penang.
Pada 26 April 2025 , delegasi selamat kembali ke Thailand.
Eksplorasi laluan ini bertujuan membangunkan potensi pelancongan kesihatan antara Thailand, Malaysia, dan Indonesia serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi dalam sektor pelancongan dan kesihatan secara mampan di rantau ini.
CR : Songkhla Rajabhat University Student (Year 1 )
1 : Mr. Krongchai Chonlatarn
2 : Miss. Sareenee Madeeyoh
3 : Miss. Fa-ezah Bortoei
ข่าวที่เกี่ยวข้องในหมวด กิน-เที่ยว-ที่พัก
ดูทั้งหมด →
กิน-เที่ยว-ที่พักเริ่มแล้ว!! Lighting of Songkhla Lagoon 2026 สถาปัตยกรรมไฟ 10 จุดเช็คอิน
องค์การบริหารส่วนจังหวัดสงขลาร่วมกับ ภาคีเครือข่าย จัดงาน Lighting of Songkhla Lagoon 2026 ขับเคลื่อนการเติบโตของอุตสาหกรรมไมซ์ซิตี้ ผ่านการแสดงสถาป...
กิน-เที่ยว-ที่พักHATYAI BIG BIKE WEEK 2026ทม.คลองแหระดมทุนซื้อเรือท้องแบน
ทม.คลองแห ร่วมฟื้นเศรษฐกิจเมืองหาดใหญ่กับงาน “HATYAI BIG BIKE WEEK 2026” วันที่ 3-4 ก.ค.69 หารายได้จัดซื้อเรือท้องแบนรับมือสถานการณ์น้ำท่วม เทศบาลเม...
กิน-เที่ยว-ที่พักเปิดแผนศึกษาเส้นทางรถไฟอันดามัน”ทับปุด-สนามบินกระบี่“68กม.5สถานี
รฟท.กำลังศึกษาโครงการ “รถไฟสายใหม่ฝั่งอันดามัน” ช่วงทับปุด - กระบี่ ระยะทาง 68 กม. 5 สถานี จอด 8 จุด สายแรกที่เชื่อมเข้าสู่สนามบินกระบี่โดยตรง คาดใช...
กิน-เที่ยว-ที่พัก"พิธีลอดซุ้มประตูป่า" หนึ่งเดียวในสยามศรัทธานับหมื่นร่วมวันวิสาขบูชา
หนึ่งเดียวในสยามประเทศ “พิธีลอดซุ้มประตูป่า วัดห้วยหลาด” ปีที่ 71 เสริมสิริมงคลชีวิต รับวันวิสาขบูชา วันที่ 31 พฤษภาคม 2569 ที่วัดห้วยหลาด ต.คูหาใต้...
